Make your own free website on Tripod.com

PRESIDEN KELAB IRAMA 60-AN SEMALAYSIA

PUAN ZALEHA HASHIM @ BONDA

PUAN ZALEHA BINTI HASHIM

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Untuk Semua Ahli Kelab Irama 60-an SeMalaysia dan para pengunjung laman web rasmi kelab.

Alhamdulillah dalam kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Irama 60-an khasnya dan ahli-ahli yang lain amnya kerana telah dapat membuat persiapan yang sebaik mungkin bagi mengiktiraf 'Kelab Irama 60-an' yang dirancang.

Saya amat berharap dengan tertubuhnya Kelab 60-an yang berdaftar akan dapat memanfaatkan pelbagai kegiatan yang berfaedah. Setiap ahli perlu menanamkan semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu, menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial dan lain-lain yang boleh membawa kepada kecemerlangan kelab.

Kelab ini yang tercetus hasil daripada penyertaan para peminat irama 60-an yang mengikuti rancangan Salam 60-an Radio Malaysia Melaka (RMM) yang dikendalikan oleh DJ Haji Norman sama ada di negeri Johor, Melaka atau Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk menghimpunkan para peminat irama 60-an ini dalam satu wadah yang dapat mengeratkan silaturrahim dan semangat perpaduan.

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2003 bertempat di Gunung Ledang Resort, Sagil, Kelab Irama 60-an SeMalaysia telah berjaya dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ledang, Yang Berhormat Tuan Haji Hashim Bin Ismail dan mesyuarat agung kali pertama telah berjaya dijalankan.

Dengan adanya kelab ini diharapkan para peminat irama 60-an dapat berinteraksi sesama ahli dalam semua aktiviti-aktiviti yang dirancang dan melalui laman web ini ahli-ahli juga boleh berinteraksi melalui kecanggihan dunia ICT ini.

Akhirnya selamat berjaya dan bergembira dengan irama 60-an.

Gendang gendut tali kecapi, irama 60-an penghibur hati.

Sekian terima kasih.

online pengunjung sedang berada di laman ini

Dengarkan suara BONDA di Radio Malaysia Melaka dalam Salam 60-an Isnin 15 Disember 2003.


FastCounter by bCentral

idea & konsep oleh:

©adisabarimankreatif2003