- JOHOR - BERITA HARIAN, JUMAAT 18 JULAI 2003


MUAR: Kelab 60-an Daerah Muar ditubuhkan untuk mengumpul peminat dan penyanyi era 60-an di daerah itu, selain menjalankan pelbagai kegiatan merapatkan hubungan sesama ahli kelab.

Penasihat kelab itu, Md Jemary Sulaiman, berkata setakat ini lebih 400 peminat irama 60-an sudah mendaftarkan diri untuk menyertai kelab berkenaan.

Katanya, lagu 60-an yang segar dan masih mendapat tempat dalam industri muzik tanah air serta sering disiarkan di radio dan televisyen, mendorong penubuhan kelab berkenaan di daerah ini.

Katanya, penubuhan kelab itu adalah bagi membolehkan ahlinya menganjurkan kegiatan dengan lebih berkesan di samping berusaha menyemarakkan lagi ingatan peminat terhadap irama berkenaan terutama generasi muda.

Beliau berkata, mesyuarat penubuhannya yang diadakan di Gunung Ledang Resort, dekat Tangkak, di sini, Ahad ini. Katanya, antara peserta kelab itu ialah beberapa artis 60-an di daerah ini yang pernah merakamkan album LP dan EP termasuk Zainal Omara, Anis S, Siti Mariam, Shahrin Shah dan S Rohani.

"Mereka yang terkenal dengan kumpulan D Dremes adalah seangkatan dengan penyanyi terkenal dari Singapura ketika itu termasuk Allahyarham A Ramlee, Jeffery Din, Datuk A Rahman Hassan dan S Jibeng.

"Kini artis terbabit menubuhkan sebuah kumpulan muzik yang diberi nama BB5 di bawah pimpinan S Atan dan diberi penghargaan untuk menyerikan beberapa majlis amal dan kebajikan di sekitar daerah ini sejak setahun lalu," katanya, di sini, kelmarin.

Md Jemary, yang juga Naib Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Muar (MBDM) berkata, sempena majlis penubuhan kelab itu, kumpulan BB5 akan mempersembahkan lagu yang pernah dipopularkan artis terbabit pada zaman kegemilangan mereka.

Beliau berkata, S Jibeng dan A Rahman juga dijangka hadir pada majlis berkenaan dan menyampaikan lagu popular masing-masing dengan diiringi kumpulan BB5.

Katanya, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail yang juga Ahli Parlimen Ledang, dijangka merasmikan mesyuarat penubuhan kelab itu pada jam 10 pagi.

 atas

- Johor - BERITA HARIAN KHAMIS 24 JULAI 2003



MUAR: Lebih 300 peminat irama 60-an di daerah ini dan Melaka menghadiri mesyuarat penubuhan Kelab Irama 60-an Malaysia cawangan Muar di Gunung Ledang Resort, dekat Tangkak, kelmarin.

Perjumpaan dimeriahkan dengan nyanyian beberapa artis 60-an di daerah ini yang pernah merakamkan album LP dan EP termasuk Zainal Omara, Anis S, Siti Mariam, Shahrin Shah dan S Rohani.

Turut hadir, Presiden Persatuan Seniman Tanah Air (Papita), Datuk A Rahman Hassan dan anggota kumpulan Nirwana serta artis 60-an dari Singapura, S Jibeng.

Mesyuarat bersetuju melantik Zaleha Hashim sebagai presiden kelab.

::Perasmian Kelab Pada 20 Julai 2003::  Gambar Oleh ADI SABARIMAN

RASMI...Hashim (tengah) menandatangani plak perasmian Kelab Irama 60-an SeMalaysia sambil disaksikan Md Jemary (kiri) dan Zaleha (kanan) pada majlis penubuhannya di Gunung Ledang Resort, Tangkak, kelmarin.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail yang juga Ahli Parlimen Ledang, ketika merasmikan penubuhan kelab itu berkata mereka yang mempertahankan irama 60-an adalah golongan berjiwa besar kerana berjaya memelihara lagu 60-an untuk terus disanjung masyarakat.

"Lagu 60-an lebih ketimuran dan berentak sederhana dan kerajaan menyokong kelab ini kerana ia berjaya dan mengekalkan irama itu sebagai lagu yang masih digemari rakyat di negara ini," katanya.

atas

HARIAN METRO, RABU, 8 OKTOBER 2003

MUAR: Kelab Irama 60-an SeMalaysia yang ditubuhkan di Gunung Ledang Resort, dekat Tangkak di sini bulan lalu, mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat lagu irama berkenaan di seluruh negara.

Presidennya Zaleha Hashim, berkata setakat ini lebih 500 peminat sudah mendaftar menjadi ahli kelab itu termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor selain Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Segamat dan di daerah ini.

Katanya, sejak ditubuhkan, kelab itu menjalankan beberapa aktiviti termasuk mengadakan dialog dan seminar bagi meningkatkan lagi martabat lagu 60-an di kalangan peminat terutama generasi muda.

Beliau berkata, selain itu ramai remaja yang menjadi ahli kelab menerima undangan untuk mempersembahkan lagu berkenaan sama ada di majlis amal dan perkahwinan di rumah saudara mara juga anggota keluarga masing-masing.

"Kami juga menganjurkan pertandingan karaoke yang turut disertai bukan saja remaja malah peminat yang berusia melebihi 50 tahun sama ada lelaki dan wanita.

"Sambutan yang menggalakkan daripada peserta membuktikan irama 60-an masih boleh bersaing dan bertahan di persada seni tanah air selain lagu berentak moden," katanya di sini, semalam.

Zaleha berkata, objektif penubuhan kelab berkenaan ialah untuk memperkasa dan mempertingkatkan martabat irama 60-an supaya terus bertahan dan diminati semua lapisan masyarakat.

atas

Klik Untuk Lihat Berita Kelab Di Laman anakmuar.com

 

UTUSAN MELAYU MINGGUAN 6-12 SEPTEMBER 2003

Oleh Hai Rozzaman Jalal

MUAR: Para peminat irama enam puluhan yang berusaha menubuhkan kelab bagi mempertahankan bidang seni tersebut agar terus hidup merupakan golongan yang berjiwa besar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail berkata, irama 60-an merupakan irama yang mempunyai ciri-ciri kesederhanaan dan bersifat ketimuran.

"Penubuhan kelab seumpama ini merupakan satu usaha bagi mempertahankan seni tersebut agar terus hidup dan menjadi irama 'evergreen' kerana irama tersebut tidak menghakis identiti kemelayuan dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai agama dan tatasusila negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung penubuhan Kelab Irama 60-an SeMalaysia di Gunung Ledang Resort, Sagil, di sini.

Katanya lagi, irama 60-an perlu dijadikan irama 'evergreen' kerana ia adalah irama peralihan di antara irama tradisional dengan irama kontemporari dan sebagai jambatan untuk menghubungkan dua zaman kerana irama ini diminati oleh golongan lama dan muda.

Hashim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, sekitar tahun enam puluhan, generasi muda ketika itu terlalu fanatik dengan irama lagu kumpulan dari Barat seperti The Beattle tetapi dengan kemunculan anak-anak muda kita menubuhkan kumpulan gitar rancak (kugiran), maka kita mempunyai pilihan sendiri dan tidak terlalu fanatik dengan irama yang diimport daripada Barat dan antara kumpulan kugiran yang muncul seperti Orkes Nirwana, Siglap 5 dan De Dremes.

" Dengan kreativiti generasi muda tersebut, golongan anak muda dapat membuat pilihan kepada irama enam puluhan daripada terlalu fanatik atau taksub kepada irama Barat," jelas beliau lagi.

Beliau berkata, dengan penubuhan kelab seumpama ini diharapkan dapat menghimpunkan semula para penyanyi irama enam puluhan dan para peminatnya ke dalam satu wadah bagi mewujudkan perpaduan, muhibah dan mengeratkan hubungan silatur rahim sesama ahli.

"Kelab ini diharapkan dapat menghimpunkan sekumpulan insan yang sama minat ke dalam satu wadah tanpa mengira fahaman dan ideologi politik yang mereka pegang bagi mewujudkan suasana perpaduan," tambah beliau.

Menurut Hashim, pihak Kerajaan amat mengalu-alukan penubuhan kelab seumpama itu agar ia berterusan melaksanakan aktiviti yang mendatangkan kebaikan dan bukannya sebuah kelab yang berbentuk hiburan dan sosial semata-mata.

AJK Kelab Irama 60-an bergambar bersama Ahli Parlimen Ledang Gambar Oleh Hai Rozzaman Jalal

Jawatankuasa Kelab Irama 60-an SeMalaysia bergambar bersama-sama Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail (empat dari kanan) di perkarangan Gunung Ledang Resort, Tangkak.

" Di samping berhibur, kita tidak lupa kepada tuntutan agama dan kebajikan ahli-ahli kelab serta keluarga kerana kelab ini boleh menjurus kepada skop ekonomi yang dapat memartabatkan ekonomi ahli-ahlinya," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, Penasihat Kelab Irama 60-an, Md Jemary Sulaiman, Presiden Kelab, Zaleha Hashim dan Presiden PAPITA, Datuk A Rahman Hassan.


atas

BERITA HARIAN, SABTU, 6 DISEMBER 2003



Oleh Jamaludin Husin

MUAR: Kelab Irama 60-an SeMalaysia yang ditubuhkan di Gunung Ledang Resort, dekat Tangkak, Muar, baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila 500 peminat mendaftar sebagai ahli.

Presiden kelab itu, Zaleha Hashim, berkata peminat yang mendaftar itu termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor selain Muar, Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Johor Bahru.

Katanya, sejak ditubuhkan, kelab itu berjaya menganjurkan beberapa kegiatan berfaedah kepada ahli bagi mengeratkan silaturahim selain berusaha supaya lagu berirama 60-an terus kekal dan diminati generasi muda.

Beliau berkata, antara kegiatan yang dijalankan ialah menganjurkan seminar bagi meningkatkan martabat lagu 60-an sekaligus memeriahkan persada seni tanah air dengan berkumandang lagu irama berkenaan sama ada di radio dan televisyen.

"Selain itu, remaja yang menjadi ahli kelab sering menerima undangan untuk mempersembahkan lagu berkenaan sama ada pada majlis amal dan perkahwinan di rumah saudara mara juga anggota keluarga masing-masing.

"Kami juga menganjurkan pertandingan karaoke yang turut disertai bukan saja remaja tempatan malah peminat yang berusia 50 tahun ke atas sama ada lelaki dan wanita.

"Sambutan menggalakkan daripada peserta membuktikan bahawa lagu irama 60-an bukan saja masih segar dalam ingatan peminat, malah mampu bersaing dan terus bertakhta di persada seni tanah air di samping lagu berentak moden," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

atas

HARIAN METRO, KHAMIS, 11 DISEMBER 2003

MUAR: Lebih 500 peminat dan ahli Kelab Irama 60-an SeMalaysia dijangka menyertai majlis perjumpaan Aidilfitri yang dijadual diadakan di kediaman presiden kelab itu, Zaleha Hashim di Bukit Mor, Parit Jawa di sini, pada 21 Disember ini.

Majlis itu pertama kali dianjurkan sempena Aidilfitri selepas kelab itu ditubuhkan di Gunung Ledang Resort dekat Tangkak, Muar, Ogos lalu.

Zaleha berkata, melalui perjumpaan itu ahli dan peminat berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan untuk meningkatkan lagi martabat lagu irama 60-an di samping mengeratkan hubungan di kalangan mereka.

Katanya, sejak kelab itu ditubuhkan lebih 500 peminat seluruh tanah air mendaftar menjadi ahli, mereka termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor selain daerah ini, Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Johor Bahru.

Beliau berkata, pihaknya menganjurkan beberapa kegiatan berfaedah kepada ahli dalam usaha mengeratkan lagi hubungan selain berusaha supaya lagu berirama 60-an terus kekal dan diminati generasi muda.

"Usaha terus dilakukan untuk mengumpul seberapa banyak peminat lagu irama 60-an di seluruh tanah air bagi membolehkan mereka bergabung tenaga dan idea," katanya di sini, kelmarin.

"Perjumpaan itu turut terbuka kepada penduduk tempatan dan luar kawasan. Mereka berminat boleh menghubungi melalui talian 06-4645110 (Jamal Idris, Palong), Osman Johari, Pemanis, Segamat (07-9457286) dan Taib Mohamad, (06-5562350) Melaka.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bukhari Sarno melalui talian 07-9291893, Taha Jiman (06-9764421), J Ismail (06-9865580) dan Misran KS (06-9773007)." katanya.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai kegiatan kelab itu boleh menghubungi beliau sendiri melalui talian 06-9872570 atau datang ke pejabat kelab berkenaan di No 102, Bukit Mor, 84510 Parit Jawa, Muar.

atas

BERITA HARIAN , JUMAAT, 12 DISEMBER 2003

YB Hashim sedang menerima cenderahati daripada Bonda
HASHIM (kiri) menerima cenderamata daripada Zaleha selepas
penubuhan Kelab Irama 60-an SeMalaysia di Tangkak,
baru-baru ini.

MUAR: Lebih 500 peminat dan ahli Kelab Irama 60-an SeMalaysia dijangka menyertai perjumpaan Aidilfitri di kediaman presiden kelab itu, Zaleha Hashim di Bukit Mor, Parit Jawa, di sini, pada 21 Disember ini.

Majlis itu adalah julung kali dianjurkan selepas kelab itu ditubuhkan di Gunung Ledang Resort, dekat Tangkak, Ogos lalu.

Zaleha berkata, melalui perjumpaan itu ahli dan peminat berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan untuk meningkatkan martabat irama 60-an di samping mengeratkan silaturahim.

Katanya, sejak kelab itu ditubuhkan, lebih 500 peminat dari seluruh tanah air menjadi ahli, termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Zaleha yang lebih dikenali sebagai Bonda di kalangan peminat berkata, majlis perjumpaan Aidilfitri anjuran kelab itu kelak diserikan dengan persembahan lagu 60-an iringan Band BB5 di bawah pimpinan S Atan.

"Perjumpaan itu terbuka kepada penduduk tempatan dan luar kawasan. Mereka berminat boleh menghubungi talian 06-4645110 (Jamal Idris), Osman Johari (07-9457286) dan Taib Mohamad (06-5562350) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

"Mereka juga boleh menghubungi Bukhari Sarno melalui talian 07-9291893, Taha Jiman (06-9764421), J Ismail (06-9865580) dan Misran (06-9773007)," katanya.

Peminat boleh menghubungi Zaleha melalui talian 06-9872570 atau datang ke pejabat kelab di No 102, Bukit Mor, 84510, Parit Jawa, Muar.

atas


 

online pengunjung sedang berada di laman ini.


FastCounter by bCentral

idea & konsep oleh:

©adisabarimankreatif2003